MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN P&P BUKAN ELEKTRONIK

TAJUK TUGASAN : Membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik.

Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pemainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.

Nama Bahan 2: Dimanakah saya ( permainan bahasa)
Penggunaan bahan:

1. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan, dimana setiap murid mendapat seorang pasangan mereka. Murid A sebagai pemegang gambar, manakala murid B memegang soalan.
2. Agihkan helaian kertas yang mengandungi gambar kepada murid A.( murid A tadi tidak dibenarkan memberi pasangannya iaitu murid B untuk melihat gambar tersebut).
3. Agihkan kertas yang menggandungi soalan kepada murid B.
4. Seterusnya, murid B boleh mula bertanya kepada rakannya menurut soalan-soalan yang diberi dalam kertas tadi untuk mendapatkan maklumat bagaimanakah rupa gambar tersebut. Dalam masa yang sama murid B tadi melukis kedudukan objek menurut jawapan yang diberikan oleh rakannya iaitu murid A.
5. Akhir sekali, bandingkan hasil lukisan murid B tadi dengan gambar yang diberikan kepada murid A.
Kelebihan dan kekurangan bahan:
1. Permainan bahasa seperti ini dapat melatih murid untuk memahami dan menggunakan kata arah dalam kehidupan seharian mereka.
2. Permainan ini akan melibatkan semua murid.
3. Murid dapat belajar disamping mereka bermain.
4. Aktiviti ini juga dapat memperkukuhkan kemahiran membaca, mendengar dan kemahiran berfikir murid-murid.
Pendapat / komen :
1. Aktivit yang agak menyeronokkan dan mencabar minda.
2. Murid dapat belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.
TAJUK TUGASAN : Membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajan bukan elektronik.
(Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pemainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.

Nama Bahan : Pasangan minimial
Penggunaan bahan:
1. Guru membawa bahan untuk ditunjukan kepada murid.
2. Guru menerangkan penggunaan bahan dan cara penggunaannya.
3. Guru meletakkan dua gambar yang mempunyai bunyi yang hampir sama seperti lalang – ladang.
4. Seterusnya guru member arahan kepada murid untuk membaca perkataan tersebut dengan berulang-ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.
Kelebihan bahan:
1. Murid dapat melibatkan diri secara langsung.
2. Bahan yang menarik minat murid.
3. Mudah alih dan kukuh..
4. Dengan adanya gambar-gambar murid akan lebih mamahami setiap perkataan yang mempunyai bunyi yang hamper sama.
Pendapat / komen :
1. Satu bahan yang lain daripada yang lain.
2. Boleh digunaankan dimana sahaja.
3. Baik untuk kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai masalah dalam bahasa.
TAJUK TUGASAN : Membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajan bukan elektronik. Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pemainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.
Nama Bahan : Buku pemintal lidah

Penggunaan bahan:
1. Guru menunjukkan buku tersebut dihadapan kelas agar semua murid dapat melihatnya dengan jelas.
2. Guru membimbing murid untuk membaca dan menyebut perkataan-perkataan dalam buku tersebut. Contohnya ku kikis kuku kaki ku.
3. Apabila guru berpuas hati dengan pembacaan dan cara sebutan murid, barulah guru beralih kepada helaian yang lain.
Kelebihan bahan:
1. Buku ini dapat memuatkan beberapa perkataan yang melatih murid yang mempunyai masalah dalam sebutan huruf.
2. Murid dapat berlatih bila-bila masa kerana buku tersebut mudah alih dan sesuai digunakan dimana-mana.
3. Buku pemintal lidah ini mempunyai warna dan hiasan yang boleh menarik minat murid.
Pendapat / komen :
1. Perbanyakkan contoh pemintal lidah
TAJUK TUGASAN : Membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajan bukan elektronik. Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pemainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.
Nama Bahan 1: Bendahara kosa kata (Permainan bahasa)

Penggunaan bahan:
1. Setiap pemain melukis petak 5X5 di atas kertas.
2. Seterusnya, dalam kumpulan itu haruslah memilih lima kategori yang asas seperti buah-buahan, haiwan, kenderaan, makanan, pekerjaan, nama negara dan sebagainya.
3. Setiap pemain akan menulis lima kategori yang dipilih tadi di sebelah kiri petak. Seterusnya, setiap pemain menulis satu perkataan yang mengandungi lima huruf sebagai kata kunci di bahagian atas petak tadi.
4. Pemain seterusnya diberi masa 5 – 10 minit untuk mengisi petak tadi dengan perkataan yang bermakna berdasarkan kategori yang dipilih. Setiap perkataan yang dipilih haruslah diawali dengan huruf kata kunci tadi.
5. Pemain akan mendapat dua markah jika perkataan yang ditulisnya itu tidak sama dengan hasil pemain yang lain. Dan satu markah akan diberikan sekiranya perkataan terhasil sama dengan pemain lain. Tidak ada markah diberi jika petak tersebut kosong. Pemain yang mendapat markah tertinggi akan menjadi pemenang.
Kelebihan bahan:
1. Semua murid boleh melibatkan diri.
2. Dapat menambah kosa kata murid.
3. Permainan yang menyeronokan dimana murid boleh bermain sambil belajar.
4. Murid dapat mempelajari banyak perkara dalam satu masa.
5. Murid dapat dilatih untuk menggunakan kamus.
Pendapat / komen :
1. Aktiviti permainan bahasa yang menarik.
2. Murid dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya.

TAJUK TUGASAN : Membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik. Membina dan menggunakan bahan pengajaran untuk pemainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.

Nama Bahan : Lakonan si gadis kecil bertudung merah.
Penggunaan bahan:
1. Guru membaca cerita “si gadis kecil bertudung merah” kepada murid-murid sehingga mereka faham.
2. Seterusnya guru memilih beberapa murid untuk memegang watak-watak yang terdapat dalam cerita tadi.
3. Murid seterusnya memakai kostum yang berkaitan dengan cerita tadi.
4. Murid-murid diberi skrip atau dialog untuk digunakan semasa berlakon.
5. Akhir sekali, guru membincangkan pengajaran yang murid dapat dari lakonan mereka tadi.
.
Kelebihan bahan:
1. Murid dapat berlakon sambil belajar.
2. Lakonan ini dapat menceriakan suasana kelas.
3. Bakat murid dapat dicungkil dan seterusnya diperkembangkan.
4. Kostum yang disediakan menarik dan kukuh.
Pendapat / komen :
1. Aktiviti yang sangat memberangsangkan murid-murid kerana aktiviti ini sangat menyeronokkan.





Cerita “si gadis kecil bertudung merah”.
Pada suatu hari, si gadis kecil bertudung merah hendak melawat neneknya.
Si gadis kecil : Mak, bolehkah saya melawat nenek?
Emak : Hmmm..pergilah. Bawalah buah-buahan ini bagi nenek kamu.
Gadis kecil : Baiklah mak.
Emak : Jangan singgah dimana-mana. Terus ke rumah nenek. Jangan
bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Gadis kecil : Baiklah mak.
Dalam perjalanan, gadis kecil ternampak bunga-bungan yang cantik.
Gadis kecil : Wah.....cantiknya bunga ini. Baik saya petik dan beri kepada nenek. Pasti dia gembira.
Serigala ternampak di gadis kecil memetik bunga.
Serigala : Hai gadis kecil..kamu mahu memberikan bunga ini kepada siapa?
Gadis kecil : Oh....saya hendak memberikan bunga ini kepada nenek. Saya hendak melawatnya.
Serigala pun berlari ke rumah nenek.
Serigala : Nek..nek..saya datang.
Nenek : Masuklah sayang, pintu tak berkunci.
Serigala pun masuk. Nenek terkejut lalu bersembunyi di dalam almari.
Serigala menyamar menjadi nenek.
Tidak lama kemudian, si gadis kecil pun sampai di rumah nenek.
Gadis kecil : Nek....nek..saya datang.
Serigala : Masuklah sayang. Pintu tidak berkunci.
Gadis kecil : Nek..nek..kenapa mata nenek besar?
Serigala : Supaya mudah untuk melihatmu sayang.
Gadis kecil : Nek....nek.. kenapa telinga nenek besar?
Serigala : Supaya mudah untuk mendengar mu sayang.
Gadis kecil : Nek....nek.. Kenapa gigi nenek besar?
Serigala : Supaya mudah untuk saya makan daging mu..hahahahahah....
Gadis kecil : Tolong....tolong.....tolong
Pembelah kayu terdengar suara meminta tolong. Lalu berlari ke arah suara itu.
Gadis kecil : Pakcik tolong saya..
Pembelah kayu : Serigala jahanam ! Jaga kau.
Serigala takut melihat kapak pembelah kayu lalu lari ke hutan.
Gadis kecil : Terima kasih pakcik.
Pembelah kayu : Sama-sama nak.
Nenek pun keluar dari almari lalu memeluk cucunya.
Gadis kecil : Nenek...saya takut.
Nenek : Dahlah tu.
Gadis kecil : Saya menyesal tidak mendengar nasihat ibu supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Nenek : Dahlah tu..lain kali dengar nasihat ibu.
Posted by literasi bahasa pml on Tuesday, July 21, 2009
/ Comments: (0)
TAJUK : Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
· Menyebut nama huruf abjad a hingga z : huruf besar dan huruf kecil
NAMA BAHAN : Kubu Huruf dan Istana Abjad
PENGGUNAAN BAHAN :
Langkah 1: Pamerkan bahan bantu di hadapan murid.
Langkah 2: Guru mengajar murid menyebut abjad a hingga z berulang-ulang.
Langkah 3: Bagi menguji daya ingatan murid, guru mengosongkan beberapa tempat.
Langkah 4: Seterusnya murid akan mengisi tempat kosong tadi dengan abjad yang bersesuaian.
KEKUATAN DAN KELEBIHAN :
· Bahan ini mempunyai warna yang menarik dan hiasan yang ceria untuk membuat murid tertarik untuk belajar.
· Bahan ini boleh di letakkan di mana-mana tempat di dalam kelas agar murid dapat belajar dengan sendiri.
· Abjad tersebut adalah jenis mudah alih.
PENDAPAT/KOMEN :
· Penggunaan jenis font yang tidak sesuai contohnya abjad a, j dan q.
· Latihan menyebut suku kata V dan KV.
NAMA BAHAN : Bajuku
PENGGUNAAN BAHAN :
Langkah 1: Pamerkan bahan bantu di hadapan murid.
Langkah 2: Guru memanggil seorang murid untuk menggunakan bahan bantu tersebut.
Langkah 3: Guru memperkenalkan suku kata V dan KV.
Langkah 4: Murid akan memilih beberapa suku kata dan menyebut suku kata tersebut bersama-sama dengan pelajar lain atas bimbingan guru.
KEKUATAN DAN KELEBIHAN :
· Bahan ini mempunyai warna yang menarik dan hiasan yang ceria untuk membuat murid tertarik untuk belajar.
· Bahan ini boleh di letakkan di mana-mana tempat di dalam kelas agar murid dapat belajar dengan sendiri.
· Bahan tersebut adalah jenis mudah alih.
· Penggunaan bahan ini dapat melibatkan murid secara langsung.
PENDAPAT/KOMEN :
· Hasilkan lebih banyak bahan bantu yang sama.
· Perbanyakkan contoh suku kata KV.
· Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.
· Latihan membaca ayat.
NAMA BAHAN : Laluan ilmu
PENGGUNAAN BAHAN :
Langkah 1: Bentangkan bahan bantu di hadapan murid.
Langkah 2: Guru menerangkan cara penggunaan bahan.
Langkah 3: Guru memanggil dua orang murid untuk membuat demonstrasi.
Langkah 4: Pada setiap stesen murid akan memilih kad yang mengandungi suku kata, perkataan dan frasa untuk digabungkan menjadi ayat.
Langkah 5 : Pada stesen terakhir, murid akan membaca ayat yang telah dibentuk.
KEKUATAN DAN KELEBIHAN :
· Bahan ini mempunyai warna yang menarik dan hiasan yang ceria untuk membuat murid tertarik untuk belajar.
· Murid dapat belajar beberapa komponen bahasa dalam satu masa.
· Murid dapat bermain sambil belajar.
PENDAPAT/KOMEN :
· Bahan tidak praktikal untuk digunakan di dalam kelas yang kecil.
· Perbanyakkan contoh suku kata, perkataan dan frasa.

No comments:

Post a Comment