AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS MELALUI MATA PELAJARAN SENI VISUAL


Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Melalui MataPelajaran Pendidikan Seni Visual

Pengenalan

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai sifat istimewa yang berbeza serta berkembang mengikut fitrah semulajadi berdasarkan proses tumbesaran mereka. Salah satu sifat istimewa itu ialah perasaan cinta terhadap keindahan.Melalui perasaan inilkah kanak-kanak akan dapat menghasilkan kerja seni visual yang kreatif kerana ia sebagai penghubung atau sebagai alat komunikasi yang amat berkesan. Malah ia juga dianggap sebagai cara kanak-kanak mengekspresi diri mereka atau lebih tepat sekali sebagai proses refleksi kendiri.  Melalui Pendidikan Seni Visual ini juga kanak-kanak akan dapat memperkembangkan bakat atau potensi mereka dengan lebih kreatif lagi. Malah ia menekankan aspek kognitif,psikomotor dan afektif.

Melalui pembelajaran Seni Visual ini juga kanak-kanak akan membentuk daya kreativiti mereka disamping memperkembangkan psikologi serta menyuburkan lagi potensi diri kanak-kanak itu.Selain itu,pendidikan Seni Visual juga dapat mendidik kanak-kanak untuk menghargai bidang seni dan budaya. Walaupun bidang Seni Visual lebih menjurus kepada seni yang nampak dan nyata. Empat bidang utama yang ditekankan iaitu Melukis dan Membuat Gambar, Membuat Rekaan Corak, Membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf tradisional.

Konsep

Konsep yang ingin diterapkan dalam aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca melalui pendidikan seni visual ialah dalam unsur peniruan seperti murid-murid meniru reka bentuk abjad a hingga z atau perkataan mudah ( dua sukukata ) dan kemudiannya dihias dengan menggunakan pelbagai teknik seperti catan,kolaj,mozek dan sebagainya. Selain itu,penggunaan kaedah formalistik seperti penguasaan murid-murid dalam unsur-unsur seni mudah seperti membuat garisan,mewarna,melukis bentuk dan rupa. Melalui melukis garisan lurus,bengkok dan putus-putus,murid-murid mampu mengaplikasi latihan ini untuk memperbaiki tulisan mereka supaya menjadi kemas. Dalam mewarna,murid-murid mampu belajar tentang warna asas,sekunder dan tertier. Melalui aktiviti ini murid-murid akan mampu berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan bahan- bahan yang menarik kerana penglibatan mereka yang maksimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga akan dapat mengekpresi diri sendiri melalui beberapa bentuk penghasilan seni yang melambangkan perasaan sedih,marah,gembira,simpati dan sebagainya. Oleh yang demikian ternyata bahawa pendidikan seni visual juga memainkan peranan yang penting dalam aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca kerana dengan pendekatan penciptaan bahan pembelajaran yang kreatif dalam pelbagai bentuk dan saiz serta berwarna warni oleh murid-murid itu sendiri.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Dalam Aktiviti Penyerapan Pemulihan Menulis Dan Membaca
Pendidikan Seni Visual sememangnya mempunyai nilai estetika yang ditonjolkan tanpa disedari. Pendidikan Seni Visual adalah merupakan suatu bentu khasil seni yang nampak atau nyata. Ia juga mempunyai hubungan dengan budaya pembelajaran kanak-kanak seperti:

a.    Memberi peluang kepada murid-murid mengekspresikan diri melalui seni.

b. Sebagai satu corong bahasa seni untuk kebebasan bersuara atau meluahkanperasaan

c.    Salah satu elemen untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak

d.  Sebagai satu formula yang mengadunkan pemikiran kanak-kanak denganguru dalam satu kumpulan yang bekerjasama dan harmoni

e. Sebagai panduan dan peringatan kepada guru tentang perbezaan keupayaanseseorang kanak-kanak itu

     Jelas sekali bahawa segala aktiviti penyerapan pemulihan yang melibatkan senivisual adalah salah satu cabang penting dalam membantu murid-murid untukmengembangkan potensi diri serta minat terhadap pembelajaran sepanjanghayatnya.

Merancang Aktiviti
Untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan, kita harus merancang aktiviti yang pelbagai dan kreatif. AktivitiPendidikan Seni Visual yang telah dikenal pasti dan sesuai digunakan dalam aktiviti Literasi Bahasa Melayu ada lima jenis iaitu:
a) Kolajb) Mozekc) Anyamand) Ukirane) Mewarna. Dengan adanya aktiviti berkenaan, kita dapat   menghasilkan bahan bantu mengajar yang istimewa kerana imejnya timbul atau tiga dimensi. Murid dapat melihat bentuk tiga dimensi dan merasa sendiri menggunakan jari dan tapak dengan bentuk asas menjadi binaan utama huruf atau perkataan
.a) Kolaj salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untukmenghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.

i. Kolaj kertas diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan alat penebuk kertas.
ii) Kolaj bahan jahitanKolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju, kapas dankekabu sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitumenyusun bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusunmanik atau butang baju pada huruf yang dipilih.
iii) Kolaj bijirinJenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan dilekatmenggunakan gam berkualiti pada kad board tebal. Bijirin yang biasadigunakan ialah beras pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan bijisaga.
iv) Kolaj bahan terbuang.Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol, batangaiskrim, lidi sate tali, plastik sampah dan sebagainya. Bahan inidisusun dan dilekat menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya tahan lama.

b) Mozek merupakan susunan bahan yang ditampal secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih-tindih. Cara menyusun mozek iaitu tidak bersentuhan antara satu sama lain, sedangkan binaan kolaj bersentuhan serta bertindih. Ada tiga jenis mozek yang sesuai digunakan iaitu mozek kertas, mozek kain danmozek kulit kayu
.i) Mozek kertasMozek ini dibuat daripada susunan kertas warna atau gambar fotoyang diperoleh daripada majalah atau suratkhabar lama. Kertas warna atau gambar perlu digunting secara seragam dari segi bentuk dan saiznya seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga ataubulatan yang kemudian disusun tanpa bertindih. Cara susunan bentuk segi empat tepat terbahagi kepada dua, iaitu susunan biasa dan susunan batu bata. Cara kedua ialah susunan berpusat yang terhasil daripada susunan kertas ditebuk menggunakan alat penebuk lubang yang disusun tanpa bertindan antara satu sama lain. Susun dan hiaskertas warna, sama ada berkonsepkan ton warna atau biasa
.ii) Mozek kain menggunakan sisa guntingan kain (perca kain). Kain pelbagai warnadan corak perlu digunting secara bebas atau seragam sebelum disusun mengikut bentuk huruf. Buat lakaran huruf pada kertas keras atau kadbod sebelum kerja-kerja menampal cebisan kain dilakukan dengan cermat. Pastikan plastik lutsinar digunakan sebagai pembalut.
iii) Mozek kulit kayu, kulit telur dan kulit kerang

Cara membuat mozek ini sama dengan cara membina jenis mozek sebelum ini. Bezanya bahan utama yang digunakan iaitu kulit batangpokok yang mati, kulit telur dan kulit kerang. Bahan ni disusun ikut bentuk huruf menggunakan gam berkualiti dan balutkan dengan pastiklut sinar

.c) AnyamanSatu proses di mana daun atau kertas dianyam secara selang-seli, turun naik dan ke atas dan ke bawah. Tikar dianyam dengan pelbagai corak dan teknik mewarna menarik dari daun pokok mengkuang sebagai alat mengalas tempat duduk, bahan hiasan dan cenderamata. Untuk menghasilkan reka bentuk dan corak yang menarik, anyaman boleh menggunakan dua atau tiga warna.
Corak anyaman yang mudah dibina adalah kelarai ‘siku kelalang’

 Ada tiga jenis anyaman iaitu anyaman kertas warna, reben dan daunmengkuang.Jenis anyaman
:i) Anyaman kertas Kertas warna atau gambar foto dari majalah warna-warni dipotong dalam bentuk lembaran yang berukuran 1 cm x 30 cm supaya mudah dianyam. Dua bentuk boleh digunakan iaitu teknik tampalan dan tekniktebukan. Teknik tampalan, kita perlu buat anyaman dahulu dengan lebaran menyamai kertas bersaiz A4 sebelum gunting menggunakan saiz huruf yang dikehendaki. Tampal huruf pada kadbod dan balutdengan plastik. Teknik tebukan pula, guna pisau untuk menebuk garisan lakaran mengikut bentuk huruf. Anyam lembaran kertas warna berselang-seli pada kertas yang ditebuk. Tampal pada kadbod dan balut dengan plastik.
ii) Anyaman reben. Reben plastik atau reben kain berukuran 1 cm boleh digunakan.Sediakan dua warna reben yang berbeza warna. Anyam berselang-seli membentuk tikar kecil dengan menggunakan gam. Gunting hasilanyaman mengikut bentuk huruf dan dilekat pada kadbod putih. Untuk kekemasan dan tahan lama, balut hasil tugasan menggunakan plastic lut sinar
.iii) Anyaman daun mengkuangSediakan dua helai daun mengkuang yang berbeza dan anyamberselang-seli membentuk tikar kecil. Gam dengan kemas, kemudiangunting mengikut bentuk huruf sebelum dilekat pada kadbod.Untuk mengelakkan hasil anyaman, mozek dan kolaj kelihatn kurangkemas selepas digunting, kita boleh gunakan teknik kedua iaitu tebuk huruf menggunakan pisau NT-Cutter yang tajam. Tindih ke atas hasil anyaman, mozek dan kolaj tadi, kemudian gam dengan kemas.
d) Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu terulung. Sejarah seni ukir banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu. Seni ukir Melayu tradisi wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran berkenaan. Kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Ukiran kayu merupakan seni ukiran tertua di dunia. Peralatan yang digunakan untuk seni ukiran kayu adalah gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Motif ukiran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Motif makhluk halus, contoh ayam, badak dan itik

  • Motif angkasa, menerap gambaran awan larat seperti bintang,matahari, bulan dan bukit bukau.

  • Motif geometri, bentuk bulatan dan bentuk segi tiga disusun berderet,atau dicantum dengan salur-salur tumbuhan. Motif ini biasa terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepuk sirih dan barangan tembaga.

  • Motif seni khat atau kaligraf, menggunakan huruf Arab, terutamapetikan al-Quran dan tulisan Jawi.Terdapat dua jenis bahan boleh digunakan untuk ukuran asas huruf, sukukata atau perkataan iaitu menggunakan sabun mandi dan blok kayulembut. Alat-alat mengukir mudah boleh dibeli di kedai alat tulis.Jenis Ukiran mudahi) Ukiran SabunSabun mandi yang pelbagai jenama dan haruman, amat sesuai digunakan untuk aktiviti mengukir kerana sifatnya lembut, padat dan berbau wangi. Caranya, sediakan seketul sabun mandi, set peralatan asas mengukir, pisau N-T Cutter dan beberapa helai surat khabar lama. Belah sabun berhati-hati, kemudian buat lakaran huruf. Kedua-dua bahagian sabun boleh digunakan untuk membuat huruf besar dan huruf kecil. Pamer hasil ukiran sabun menggunakan kotak berpenutup lutsinar .
  • .Ukiran blok kayu buat lakaran huruf atas blok kayu lembut menggunakan pensel ,kemudian ukirlah perlahan dan  cermat menggunakan peralatan asas mengukir
  • AktivitimMewarna proses menjadikan sesuatu benda berwarna-warni dengan menggunakanbahan pewarna yang disapu ke atas permukaan menggunakan komponen alat dan media seperti warna air, warna krayon, warna pensel, pensel 2B dansebagainya. Teknik mewarna ada dua iaitu ton di mana ada unsur gelap kecerah, dan kedua mewarna tanpa ton.Jenis aktiviti mewarna
  • Membina huruf tanpa ton warnaHuruf tidak dicat secara terang gelap. Caranya mudah, tidak perlupenelitian serius dan boleh mengguna salah satu media iaitu warna pensel, krayon atau warna air. Pastikan warna diguna untuk latar bertentangan dengan warna huruf supaya kad imbasan tidak mengelirukan dan boleh dilihat pada jarak jauh.ii) Membina huruf dengan ton warna. Gabungkan sekurang-kurangnya dua warna berbeza, iaitu cerah dangelap. Contohnya penggunaan warna biru dengan warna putih yang akan menghasilkan pergerakan warna putih–biru muda –biru tua.Pemilihan warna merah dan kuning, hasilkan warna kuning –jingga – merah. Berhati-hati semasa memilih warna latar dan sebaik-baiknya pilih warna putih atau warna kuning.
Rumusan

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu kaedah menyerapkan mata pelajaran lain ke dalam Literasi Bahasa Melayu. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 2010) yang menggalakkan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam berapa mata pelajaran menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.Proses pengajaran Literasi Bahasa Melayu tidak dilaksanakan secara terpisah tetapi menekankan kepada tiga jenis penyerapan matapelajaran iaitu Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini bertujuan supaya murid seronok, ceria, gembira, tidak stress, tidak membosankan dan menggalakkan penglibatan murid. Penyerapan mata pelajaran ini boleh menjadikan pengajaran lebih dinamik, bervariasi dan penguasaan pelbagai ilmu.

Penyerapan Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu dapat menggalakkan murid menghasilkan tugasan dengan prinsip rekaan yang harmoni, imbangan, kontra dan kepelbagaian kombinasi. Ada empat elemen kreatif yang ditekankan iaitu bahan mesti berguna kepada murid, penglibatan maksimum, unsure kreatif dan kritis serta penggunaan maksimum. Aktiviti pilihan iaiah kolaj,mozek, anyaman, ukiran dan mewarna. Penyerapan Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu memang sesuai bagi menjadikan pengajaran-pembelajaran lebih menyeronokkan di samping menyerapkan pelbagai kemahiran.



No comments:

Post a Comment