AKTIVITI PRATULISAN
Merupakan satu peringkat yang
perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri kea rah melahirkan
lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat.
Di peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada
dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan
kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari
membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.
Takrif
Pratulisan
Suatu kemahiran di mana
murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui
teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan
kemahiran pra tulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi
fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.
Objektif
Pratulisan
Aktiviti pra tulisan penting
kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan
yang selanjutnya. Justru terdapat sebelas objektif pelaksanaan aktiviti
pratulisan kepada murid-murid iaitu:
1 Melatih
pergerakan tangan dan jari.
2 Melatih
pergerakan mata.
3 Melatih
koordinasi mata dan tangan.
4 Menyemai
minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar.
5 Membolehkan
murid-murid belajar dalam suasana yang selesa.
6 Menjadikan
pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.
7 Membolehkan
penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.
8 Menimbulkan
motivasi yang tinggi di kalangan murid.
9 Mengenal
bentuk huruf dalam perkataan.
10 Meniru
bentuk huruf dalam perkataan.
11 Menulis
huruf dan perkataan.
Kaedah
Untuk Meningkatkan Kemahiran Pratulisan
Terdapat lima kaedah yang boleh
digunakan guru untuk meningkatkan kemahiran pratulisan di kalangan murid iaitu:
1
Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan
menarik selaras kemampuan dan perkembangan emosi serta mentel murid-murid.
2
Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan
proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran
menulis.
3
Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun
agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah.
4
Laksanakan aktiviti pengayaan supaya
perkembangan daya intelek murid mantap serta membantu membina kemahiran
menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik.
5
Perkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf
besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a, c ,g, d dan
sebagainya. Rasional memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil lebih
banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian di samping bentuknya yang
lebih kurang sama.
a. Latihan Pergerakan Jari
i Memainkan jari
ii Menggerakkan jari di atas garisan atau corak
yang dilakarkan di atas kertas.
iii Menguntai manik
iv Menyurih
v Melukis
iv Mengoyak
b. Latihan
bagi tangan
Murid
dikehendaki:
i
Menggenggam dan membuka tangan.
Hendaklah dilakukan beberapa kali.
.
ii
Menggenggam dan menghancurkan atau
meronyokkan sehelai daun atau kertas.
iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi
kekacang.
iv. Menggenggam dan merasa bola.
v. Memegang
benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan
cara memegang yang betul.
vi. Melukis bentuk-bentuk bebas
menggunakan jari di udara.
vii. Melukis
bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii. Memasang butang
baju, menanggalkan dan memasang semula.
ix. Membuka tali kasut dan
mengikat semula.
c.
Latihan bagi mata
Murid
dikehendaki:
i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan
menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
ii.
Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang
oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
iii.
Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan
dari kanan ke kiri.
iv.
Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah
pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar
dan benda-benda yang besar.
v.
Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
vi.
Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat,
separuh bulat, bujur dan sebagaimya.
d. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:
i.
Menyusun
benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau
ukuran.
ii. Menyusun gambar-gambar yang
diselaraskan mengikut urutan.
iii. Mencantum bahagian-bahagian
gambar yang terpotong, misalnya jigsaw
puzzle.
iv. Melambung dan menangkap bola sama
ada di tempat berdiri secara individu atau
dengan bergerak di padang bersama pasangan,
v. Mewarnakan gambar yang diberikan
oleh guru.
vi. Mencantum titik atau sempang
untuk membentuk huruf atau gambar.
vii. Mencantum arah jalan atau aliran
sungai.
viii.
Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
ix. Memilih gambar yang berlainan
dalam satu set.
x. Mencari lima perbezaan pada sekeping
gambar yang seakan-akan sama dengan
gambar asal.
xi. Mencari lima benda yang
tersembunyi dalam sebuah lukisan.
xii. Membuat garisan lurus dari atas
ke bawah atau sebaliknya
Ciri-ciri bahan yang dicadangkan
seperti berikut:
a
Gambar berwarna-warni.
b
Dibina menggunakan kad berukuran besar.
c
Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
d
Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
e
Binaan yang mesra pengguna.
f
Boleh digunakan berulang-ulang kali.
g
Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran murid.
Aktiviti Memadankan Bentuk, Gambar
dan Huruf
Dijalankan dengan meminta
murid-murid membuat garisan lurus pada pasangan gambar yang sepadan, iaitu
bentuk-bentuk asas yang serupa, gambar yang dibahagi dua bahagian, atau huruf
besar denganhuruf kecil. Ciri-ciri bahan seperti berikut:
a
Gambar yang berwarna-warni.
b
Dibina menggunakan kad berukuran besar.
c
Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.
d
Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.
e
Binaan yang mesra pengguna
f
Boleh digunakan berulang-ulang kali.
1
Contoh
aktiviti memadankan bentuk asas
Aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan gambar kiri dan
kanan kemudian meminta murid-murid memadankan bentuk yang serupa dengan
menggariskan pasangan tersebut. Beberapa bentuk lain juga boleh digunakan dalam
latihan ini. Cara melaksanakan aktiviti ini ditunjukkan dalam rajah.
2
Contoh
aktiviti memadankan gambar lengkap
Latihan
ini menggunakan benda maujud sebagai bahan rangsangan seperti yang ditunjukkan
dalam gambarajah.
Rajah 3.1 menunjukkan bentuk asas
Rajah 2.3 Memadankan gambar lengkap
3
Contoh
aktiviti memadankan gambar separuh lengkap.
Murid dibekalkan gambar tidak lengkap. Murid perlu mengecam
kesinambungan gambar berkenaan berdasarkan gambar depan dan gambar belakang
sebelum memadankannya. Caranya seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
Rajah 3.3 Memadankan gambar separuh lengkap
Rajah 3.4
menggunakan urutan nombor
Latihan Menyambung Titik
Ada tiga cara aktiviti menyambung
titik iaitumenggunakan nombor, huruf besar dan huruf kecil berdasarkan
ciri-ciri berikut.
a
Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.
b
Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.
c
Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.
d
Mengambil kira kumpulan sasaran.
e
Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.
f
Menarik dan berwarna-warni.
g
Perlu dibina menggunakan kad bersaiz besar.
h
Arahan perlu tepat dan jelas.
I
Boleh digunakan berulang kali.
Melaksanakan
Aktiviti Mencari Jalan Keluar, Memadankan Huruf/ Bentuk / Gambar , Aktiviti
Menyambung Titik Dan Membuat Corak
Aktiviti
Mencari Jalan Keluar
Ciri – ciri bahan yang
dicadangkan adalah seperti berikut
a)
Gambar berwarna- warni
b)
Dibina menggunakan kad berukuran besar
c)
Tajuk dan arahan perlu jelas dan jelas.
d)
Kenal pada tahap dan kumpulan sasaran
e)
Binaan yang mesra pengguna
f)
Boleh digunakan berulang-ulang kali
g)
Tema permainan perlu berdasarkan persekitaran
murid
1) Contoh
aktiviti menggunakan urutan nombor
Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45
cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau
hilangkan sebahagian out line gambar
yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan
tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan urutan nombor mengikut
kesesuaian.
2) Contoh
aktiviti menggunakan ururtan nombor kecil
Sediakan dua keping kadbod berukuran 30 X 45
cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau
hilangkan sebahagian out line gambar
yang dipilih . Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan
tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf kecil secara urutan mengikut kesesuaian.
3) Contoh
aktiviti menggunakan ururtan nombor besar
Sediakan dua keeping kadbod berukuran 30 X 45
cm serta dua gambar grafik yang bertemakan persekitaran murid. Padam atau
hilangkan sebahagian out line gambar
yang dipilih. Kemudian gantikan bahagian yang dipadamkan atau hilangkan dengan
tanda-tanda bulatan kecil yang dilabel dengan huruf besar secara ururtan mengikut
kesesuaian.
Aktiviti
Membuat Corak
1.
Garisan Lurus
a) Latihan
mengaris dari atas kebawah dan sebaliknya
b) Latihan
mengaris dari kiri ke kanan dan sebaliknya
c) Condong
dari kiri ke kanan dan sebaliknya
d) Ada
dua jenis corak yang boleh dihasilkan berdasarkan gabungan tiga gaya garisan
lurus ini, iaitu coraktunggal dan corak berlapis. Untuk melihat cara
menghasilkan corak-corak tersebut
2. Garisan melengkung dan bengkang – bengkok
a)
Melengkung dari atas ke bawah
b)
Melengkung dari bawah ke atas
c)
Garisan bengkang bengkok
d)
Ada dua jenis corak yang boleh dihasilkan
berdasarkan garisan melengkung dan bengkang bengkok ini, iaitu corak tunggal
dan corak berlapis. Untuk melihat cara menghasilkan corak –corak tersebut
Latihan
Mewarna Secara Berpandu
1)
Mewarna Berpandukan Huruf Besar A – Z
Murid-murid
akan diberikan pelbagai gambar. Berdasarkan kod huruf yang ditetapkan pada
setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu
dengan pensell warna. Contohnya petak A untuk warna biru, petak B untuk warna
kuning dan sebahagianya. Rasionalnya, murid belajar mengenal huruf sambil
mewarna gambar berkenaan. Kepuasan murid lahir setelah Berjaya meyelesaikan
kerja mewarnna pada semua petak dengan warna yang ditetapkan dan akhirnya
membentuk sebuah lukisan yang menarik.
2)
Mewarna Berpandukan Huruf Kecil A – Z
Cara
sama seperti (i) di atas. Berdasarkan kod huruf kecil yang ditetapkan pada
setiap kotak berkenaan, mereka diminta mewarna menggunakan warna tertentu
dengan pensel warna. Contohnya petak A untuk warna biru, Petak B untuk warna
hijau dan sebagainya. Rasionalnya,
Murid
belajar mengenal huruf kecil sambil mewarna gambar berkenaan.
Melaksanakan
Aktiviti Membentuk Huruf
Guru membimbing murid –
murid menulis huruf menggunakan jari di udara, pasir, cermin, dan belakang
badan rakan. Guru perlu memperkenalkan
huruf kecil terlebih dahulu kemudian huruf besar.
1.
Latihan menulis di udara
a) Pastikan
posisi guru dan murid betul
b) Pandu
murid menggunakan jari telunjuk
c) Lakukan
secara perlahan-lahan dan serentak
d) Sebut
nama huruf semasa menulis di udara
e) Latih
tubi dan berulang-ulang
f) Boleh
lakukan secara berpasangan untuk pengukuhan
2.
Latihan menulis atas pasir
a) Bawa
murid keluar dari bilik darjah
b) Latihan
di gelanggang lompat jauh yang berpasir
c) Pandu
murid menggunakan jari telunjuk
d) Lakukan
secara perlahan-lahan dan serentak
e) Sebut
nama huruf semasa menulis di pasir
f) Latihan
secara berulang-ulang
g) Aspek
keselamatan murid diutamakan
h) Gunakan
dulang jika melaksanakan di dalam bilik darjah
3.
Latihan menulis atas cermin dengan tepung
a) Boleh
gantikan tepung dengan habuk kayu atau bedak
b) Pandu
murid menggunakan jari telunjuk
c) Lakukan
secara perlahan-lahan dan serentak
d) Sebut
nama huruf semasa menulis
e) Latihan
berulang-ulang untuk pengukuhan
4.
Latihan menulis dibelakang badan rakan
a) Aktiviti
aras tinggi
b) Dijalankan
selepas murid melalui aktiviti 1-3 di atas
c) Boleh
dilaksanakan secara berpasangan
d) Murid
pertama menulis huruf di belakang badan rakan
e) Murid
meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jari
f) Jika
murid mahir, ubah suai dengan suku kata.
No comments:
Post a Comment