APAKAH
PEMBELAJARAN MASTERI
Menurut Bloom
(1968). Pembelajaran
masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah
Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya.
Menurut Anderson
dan Block (1975) Pembelajaran
Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat
membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah
pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai
masteri berpadukan kriteria yang jelas.
Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke
unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa
yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
KONSEP PEMBELAJARAN
MASTERI
Pembelajaran
Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa
pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri,
cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur
strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai
keupayaan yang sama
Kesimpulannya, Pembelajaran
Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang berstruktur dan
dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan
dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai hasil pembelajaran
sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
TUJUAN
PEMBELAJARAN MASTERI
Tujuan
Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif
pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
Pembelajaran
masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai
kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan
membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh
kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti
sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
PRINSIP-PRINSIP
PEMBELAJARAN
- Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru.
- Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami murid.
- Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai pembelajaran maka guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar.
- Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
- Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.
- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN MASTERI
Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.
Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.
Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.
Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

MODEL PEMBELAJARAN
MASTERI
Penentuan Hasil
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir
sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal
pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan
hasil pembelajaran. Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu
belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk membina ujian formatif dan sumatif.
Hasil pembelajaran dinyatakan berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam, bentuk
tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur. Dinyatakan secara eksplisit,
jelas dan terperinci. Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.
Pengajaran dan
Pembelajaran
Semasa merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara seperti
kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi
gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi
merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada
dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.
Terdapat dua
pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan berpusatkan guru dan
pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah
penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan
demonstrasi. Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan kaedah
bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan,
soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran,
projek, pembelajaran koperatif dan amali.
Penilaian
Penilaian adalah
suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian
murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran
Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian
ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.
Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan
kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian dalam Pembelajaran
Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti murid yang
cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah
atau belum dikuasai, mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit
pembelajaran, menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu
dijalankan, menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan
mengikut masa yang
difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran, selepas sesuatu
unit pembelajaran atau selepas tempoh tertentu seperti mingguan,
bulanan,
pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan Susulan
Tindakan susulan
dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk
memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran
seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan
melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan
merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras
masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang
telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang
boleh dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang
lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk
mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan mempelbagaikan
latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya
memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid
menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan
melatih murid mengenal pasti idea utama.
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan
dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan
dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang
lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman
murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir
dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti
pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.
Aktiviti
Pengukuhan
Aktiviti
pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti
pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih
mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta
organisasi dan
rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal
pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti
Pengembangan
Aktiviti
pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid
dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan
boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti
pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian.
STRATEGI DALAM
PEMBELAJARAN MASTERI
Pelbagai strategi
telah dicadangkan oleh tokoh dalam pembelajaran masteri dalam pelaksanaannya.
Antaranya adalah Model Pembelajaran Masteri Block dan Anderson yang
menyenaraikan sembilan proses iaitu (Ornstein dan Hunkins, 2004):
Clarify - Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan untuk belajar.
Inform - Mengajar
pelajaran, bergantung kepada arahan keseluruhan
Pretest - Memberi
kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan, pelajar boleh memeriksa kuiz
mereka sendiri.
Group - Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan tidak masteri (80% boleh dianggap masteri).
Group - Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan tidak masteri (80% boleh dianggap masteri).
Enrich and correct - Beri
pengayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan pemulihan kepada kumpulan yang
tidak masteri.
Monitor - Pantau
pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru dan beri sokongan untuk setiap
kumpulan berdasarkan saiz dan juga persembahan.
Posttest - Beri
kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri
Assess
performance - Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai masteri dengan
ujian sumatif.
Reteach - Jika
tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan dan pemulihan pengajaran (belajar
dalam kumpulan kecil, tutorial bersendirian, bahan pengajaran alternatif, kerja
rumah tambahan, membaca banyak bahan, praktikal dan latih tubi).
ELEMEN PENTING
DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
Menjelaskan secara
spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana
ianya akan dinilai.
Guru harus
memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari
tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting
yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak
dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau
instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.
Membenarkan pelajar
untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
Berdasarkan
pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi
tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara
berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih
kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya,
dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah
berjaya menguasai unit 1.
Terdapat
beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut
kadar mereka sendiri , antaranya:
i.Modul
dan pakej pembelajaran.
ii.
Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame)
(“Programmed Instruction”).
iii.Audio-tutorial.
iv.
“Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap
tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan
pembelajarannya.
v.
Pembelajaran berbantukan komputer.
Memantau
kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan
yang sesuai.
Guru
perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik
dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti
pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan
bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif
atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat
memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu
pelajar-pelajar berkenaan.
Menguji
bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi
menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai
terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga
disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran
kerja atau latihan.
KEMAHIRAN GURU
DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
- Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
- Mengetahui perbezaan murid.
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar.
- Menyimpan rekod kemajuan murid.
- Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
- Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.
KAEDAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI
Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. |
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
No comments:
Post a Comment